💛 Pahala Ibadah Yang Sangat Besar
“Tidak ada amalan anak Adam pada hari raya korban yang lebih disukai Allah selain dari menyembelih haiwan korban"
(Hadis Riwayat Tirmizi)
✅ Tanda syukur kepada Allah
✅ Sunnah Nabi Ibrahim A.S yang agung
✅ Amalan paling utama pada Hari Raya Aidiladha
✅ Setiap titisan darah korban akan menjadi saksi ketaatan anda
Daging-daging korban dan darahnya itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu."*
(Surah Al-Hajj, 22:37)
💛 Korban Anda Mengenyangkan Orang Yang Lapar.
Di Gaza, Yaman,Lubna & Syria, korban anda menjadi makanan utama yang mungkin mereka tidak jumpa sepanjang tahun.
✅ Mereka tidak mampu beli daging.
✅ Mereka tidak punya kerja tetap.
✅ Anak-anak mereka sedang menanggung kelaparan.
Korban anda sampai ke tangan mereka, diagihkan sendiri oleh NGO berdaftar bersama masjid & sukarelawan tempatan.
💛 Korban Anda Sebagai Tanda Ingat dan Peduli Kepada Mereka Yang Ditindas oleh musuh
Korban anda bukan sekadar daging, tapi sumber keperluah hidup dan ketenangan bagi mereka yang terlalu lama hidup dalam tekanan dan air mata.
Daging korban itu adalah hadiah kasih sayang, bukan semata-mata bekalan makanan.
💛 Dapat Pahala Berganda Kerana Mereka Benar-benar memerlukan.
Korban Anda Sebagai Tanda Ingat dan Peduli Kepada Mereka Yang Ditinda
Bila anda korbankan haiwan untuk tempat paling susah dan paling bergolak. Pahala korban bertambah, kerana sampai kepada golongan paling dhaif.
Nabi SAW bersabda:
"Setiap helai bulunya akan dikira satu kebaikan."
(Riwayat Ahmad & Ibn Majah)
Ayuh Pilih Membuat Korban Buat Palestin, Syria,Yaman dan Lubnan Hari Ini.